![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmhUZNcy6ul8Uz-phB9iTyUF0kbU0WZ8eMN674nI6J5xoNZDZYfr_2q6yDKJAuciZl0mxs30wdMOE91kVwPO62IqMyzFAlc3cOfulETIkl9PYCBPlK0xSHoXHHUD4jc9A97fjgijIDDZ1I/s320/cicak+tokek+is+gecko.jpg)
Tokek adalah nama umum bagi "cicak besar". Ia tergolong dalam keluarga Gekkonidae
Tokek kerap dijumpai di pohon pokok, di dinding rumah. Lazimnya lokasi berhampiran hutan dan sungai menjadi tempat kegemaran cicak tokek ini. Tidak sukar untuk melihat cicak tokek ini, di kampung kita mesti selalu jumpa. Orang panggil Pokke atau cicak hutan.
Cicak tokek mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya, "tokkke...tokkkeee.."
Makanan cicak tokek adalah pelbagai jenis serangga, cicak yang kecil, tikus kecil, dan juga burung kecil!
Tokek keluar mencari makanan di malam hari, seperti cicak di rumah kita. Dan berehat di siang hari. Tempat persembunyian tokek selalunya di lubang-lubang kayu, lubang batu, atau di dalam bumbung rumah.
Tokek bertelur dengan melekatkan telur tersebut pada celah-celah pokok, pada batu, atau dalam rumah (dinding). Telurnya akan dijaga oleh tokek dewasa. Sebab itu, mudah untuk menjumpai cicak tokek dewasa apabila anda menjumpai bekas telur-telur cicak tokek tersebut.
Cicak tokek mudah didapati di India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan juga Filipina.
Sebuah fakta baru dalam dunia perubatan saintifik bukan magic bahawa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistem perubatan ini.
![Photobucket](http://i751.photobucket.com/albums/xx154/karalazhar/Cicak%20Tokek/a3b8d597.jpg)
Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.
Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang termasuk di dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama saintifik Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).
0 comments:
Post a Comment